Friday 16 May 2014

Shaklee Bintulu: Khasiat dan Kelebihan Omega Shaklee

Omega Guard Shaklee Untuk Bayi Kanak-kanak Orang Dewasa dan Warga Tua

Ramai dikalangan masyarakat masa kini mula sedar akan kepentingan minyak ikan dalam diet harian mereka. Buktinya banyak produk-produk makanan yang ada dipasaran sekarang ditambah dengan sebatian minyak ikan. Contohnya susu formula bayi dan ibu, telur ayam, roti dan lain-lain lagi.

Persaingan produk -produk suplemen yang mengeluarkan asid lemak juga tinggi, salah satunya ialah Shaklee Omega Guard. Oleh itu kita kena kaji setiap produk sebelum membeli dan disini ada sedikit penerangan mengenai omega 3, omega 6, DHA, EPA, ALA dan lain-lain.

Asid lemak omega-3 sebenarnye merujuk kepada 3 kumpulan asid lemak

ALA (alpha-Linolenic acid) daripada sumber tumbuhan,

EPA (eicosapentaenoic acid) biasanya dari sumber laut.

DHA (docosahexaenoic acid) biasanya dari sumber laut.


Contoh-contoh sumber omega-3 DHA dan EPA adalah seperti minyak ikan, minyak telur, minyak sotong dan sebagainya. Manakala sumber omega-3 ALA pula adalah minyak flaxseed, bayam,soya, tempe dan lain-lain.


Omega shaklee
Contoh-contoh makanan yang kaya dengan kandungan Omega-3

Asid lemak omega-3 merupakan asid lemak perlu kerana badan kita tidak boleh menghasilkannya maka kita perlu mendapatkannya daripada diet harian kita. Ramai pakar menyatakan yang DHA dan EPA daripada ikan dan minyak ikan mempunyai manfaat kesihatan yang lebih baik berbanding ALA.

Kini anda boleh mendapatkan minyak ikan terbaik didunia dengan mudah daripada setiap kapsul Omega Guard Shaklee. Setiap kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak perlu omega 3 sebanyak 330 mg, EPA sebanyak 180 mg manakala DHA sebanyak 120 mg.





Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk seperti ikan sardin, ikan kembung, ikan bilis dan ikan herring diperairan negara Jepun. Ia bukan diambil dari hati ikan. Ketumpatan Omega Guard adalah 3 kali ganda berbanding ketumpatan minyak hati ikan.

Omega Guard Shaklee membekalkan rangkaian penuh 7 spektrum minyak ikan berbanding minyak ikan yang berada dipasaran. Manfaat omega guard adalah untuk seluruh ahli keluarga daripada bayi kecil, kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan warga tua.

Manfaat Omega-3 untuk Bayi

Perkembangan Kognitif : beberapa kajian mendapati bayi yang dibekalkan dengan asid lemak omega-3 DHA menunjukkan peningkatan dalam fokus, kemahiran sosial dan ujian kepintaran. Bayi-bayi yang mendapat bekalan omega-3 DHA dan EPA (semasa ibu mengandung dan menyusu) mendapat keputusan yang lebih tinggi dalam ujian kognitif pada usia 4 tahun berbanding kanak-kanak yang tidak mendapat DHA dan EPA.

Risiko Asma : Kajian pada tahun 2008 mendapati ibu mereka mengambil minyak ketika mengandung, anak-anak mereka kurang mendapat asma.

Pembesaran : Membantu pembesaran dan perkembangan otak bagi bayi pra-matang.

Kelahiran Pra-Matang : Kajian pada tahun 2003 menunjukkan wanita yang mengambil telur yang diperkaya dengan omega-3 kurang melahirkan bayi pra-matang berbanding yang tidak mengambilnya.

Manfaat Omega-3 untuk Kanak-kanak dan remaja

Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) : Kanak-kanak yang hiperaktif biasanya mempunyai jumlah omega-3 yang rendah berbanding kanak-kanak normal. Penggunaan suplemen omega-3 dapat membantu membaiki tingkah laku, mengurangkan hiperaktif, dan meningkatkan tumpuan bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.

omega shaklee untuk ibu mengandung
Diabetes : Satu kajian kecil yang dijalankan ke atas kanak-kanak yang mengidap diabetes jenis ke-2 (diabetes mellitus), mereka yang makan makanan yang tinggi kandungan omega-3 mampu mengurangkan tahap diabetes.

Kemurungan : Kajian pada 2006, minyak ikan mampu mengurangkan simptom kemurungan keatas kanak-kanak dari usia 6-12 tahun. Kanak-kanak hiperaktif sukar memberi tumpuan didalam kelas


Manfaat Omega-3 untuk Golongan Dewasa

Kardiovaskular : Orang yang mengambil ikan dua kali seminggu mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah. Satu kajian lain menunjukkan minyak ikan dalam bentuk makanan atau suplemen mampu mengurangkan risiko kematian disebabkan oleh penyakit kardiovaskular sebanyak 32%. Mereka yang mengidap sakit jantung juga dinasihatkan mengambil 1 gram minyak ikan omega-3 setiap hari.


Kanser : Mereka yang mengambil omega-3 dalam jumlah yang tinggi mempunyai tahap yang rendah bagi sesetengah kanser seperti kanser payudara, kolon, ovari, esofagus dan lain-lain.

Kemurungan dan lain-lain masalah psikiatri : Terdapat bukti yang memberangsangkan berkenaan omega-3 memainkan peranan penting dalam otak manusia. Dan mereka yang menderita kenurungan mempunyai jumlah omega-3 yang rendah. Terdapat juga bukti omega-3 boleh membantu mereka yang mengidap skizofernia dan kemurungan akibat gangguan mental.

Manfaat Omega-3 bagi Warga Tua

Kesihatan Jantung : Mencegah risiko komplikasi dan kematian pada mereka yang mengidap sakit jantung. Omega-3 membantu denyutan jantung agar stabil. Mengurangkan risiko kematian sebanyak 45% buat mereka yang pernah mengalami serangan sakit jantung. Memperlahankan arteriosklerosis dan merendahkan risiko strok.

Trigliserid : DHA dan EPA mampu mengurangkan kadar trigliserid sebanyak 20% hingga 50%.

Rheumatoid Arthritis : Minyak ikan mampu mengurangkan simptom-simptom rhueumatoid atritis seperti kejang dan sakit diwaktu pagi, omega-3 perlu diambil dalam dose yang besar - 3-4 grams (dibawah pengawasan doktor)

Osteoperosis : Kajian mendapati orang yang mengambil ikan yang banyak dalam diet mereka mempunyai kepadatan tulang pinggul yang tinggi. Kombinasi kalsium dan minyak primrose juga mampu meningkatkan kepadatan tulang bagi pesakit osteoporosis.

Daya Ingatan, Dementia dan Penyakit Alzheimer : Beberapa kajian menunjukkan diet yang tinggi kandungan ikan membantu mengurangkan kehilangan daya ingatan dan risiko dementia yang lebih rendah. Suplemen omega-3 DHA membantu pesakit Alzheimer dan sakit yang berkaitan dengan kelemahan daya ingatan.

Jom kite tengok testimoni-testimoni yang sangat meyakinkan dari pengguna-pengguna Omega Guard Shaklee

Omega guard untuk bayi dan kanak-kanak



omega guard shaklee

omega guard shaklee



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee dan ingin menjadi ahli serta memulakan bisnis?

Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah.

FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥

No comments:

Post a Comment